1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Program : Majlis Parlimen Kuala Kangsar Bersama Masyarakat Orang Asli Dan Penyampaian Bantuan Makanan Serta Hadiah Sukaneka Rakyat Gaya Hidup Sihat
Lokasi : Kampung Ulu Bekor, Kuala Kangsar




| edit post



| edit post

Kerajaan Perpaduan : Retorik atau Realiti

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 08:43 0 ulasan
Sekarang, heboh orang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS. Secara amnya, ramai yang menerima baik cadangan ini dan tidak kurang juga yang menentangnya. Di kem UMNO, cadangan ini disambut baik oleh semua pemimpin tertinggi sambil menyifatkan ini sesuatu perkembangan yang positif untuk menjamin perpaduan di antara kaum Melayu. Manakala di pihak PAS, berlaku pertikaian di antara Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz dengan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pertikaian timbul kerana Mursyidul Am PAS itu sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan ini tetapi lain pula halnya dengan Timbalan Presiden PAS. Beliau menyatakan untuk menunggu maklum balas yang akan diberikan oleh Presiden PAS sendiri iaitu Haji Hadi Awang. Ini bermakna, beliau tidak terus menutup pintu untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan pimpinan tertinggi UMNO. PAS dilihat tidak bersatu di dalam hal ini dan memungkinkan wujud dua kem di pihak mereka.

Bagi UMNO khususnya Presidennya iaitu Dato' Seri Najib Razak, keikhlasan PAS dalam mewujudkan kerajaan perpaduan ini adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian yang serius kerana beliau sedar, perpecahan di kalangan bangsa Melayu semakin melebar. Perpaduan antara PAS dan UMNO akan menjamin survivaliti kaum Melayu dan agama Islam itu sendiri.

Tertegaknya bangsa kerana perpaduan..Terbelanya agama juga kerana perpaduan...Fikir-fikirkanlah...
| edit post

Kini Berwajah Baru. Lebih Interaktif

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 18:49 0 ulasan


Kini Blog Jabatan Penerangan Daerah Kuala Kangsar Berwajah Baru Dengan Penampilan Yang Lebih Ceria Dan Interaktif. Di Samping Menyampaikan Maklumat2 Terkini Ia Juga Memaparkan Mengenai Program2 Dan Aktiviti Yang Diadakan Di Sekitar Daerah Kuala Kangsar.
| edit post

Majlis Maulidur Kg. Ulu Piol

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 10:11 0 ulasan



15 Jun 2009, bertempat di Dewan Orang Ramai Kg. Ulu Piol, satu majlis ceramah bersempena dengan Maulidur Rasul telah diadakan. Ceramah telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. Datuk Dr. Mohamed Yussof Hussain, Rektor Kolej Islam Darul Ridzuan.

Antara tetamu kehormat yang sudi hadir ke majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Dato' Hj. Ramly Zahari, Adun Manong dan Yang Berusaha, En. Ali Hanafiah, Penolong Pengarah Operasi 1, KEMAS negeri Perak. Alhamdullilah, majlis yang telah diadakan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada penduduk setempat. Tambahan pula, ceramah yang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Prof. sarat dengan intipati-intipati dan ilmu yang InsyaAllah, dapat menjadi panduan berguna kepada penduduk setempat hendaknya.

Perasmian penutup telah selamat disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Hj. Ramly Zahari, Adun Manong. Walaupun sibuk dengan tugasan-tugasan lain, Yang Berhormat sedaya-upaya untuk hadir ke majlis ini. Komitmen sebegini patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin masyarakat yang lain.

Diharapkan program-program sebegini dapat diadakan pada masa-masa yang akan datang. Insyaallah, mudahan-mudahan usaha kita untuk melahirkan insan yang cemerlang akan sentiasa diberkati oleh Allah hendaknya...Amin...
| edit post

Bukan Sekadar Pembantu Penerangan...

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 10:45 0 ulasan



Bertarikh 11 Jun 2009, bertempat di Nur Lembah, Lenggong, Perak, En. Zuraimi B. Razali, PP Kuala Kangsar telah dijemput untuk menyampaikan ceramah kepada peserta-peserta Kursus Pembangunan Kepimpinan Asas (Belia Belum Berpesatuan) anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Kangsar. Kursus telah diadakan selama 3 hari bermula 9 Jun - 11 Jun 2009.

Tajuk ceramah yang telah disampaikan ialah Memahami Asas Komunikasi. Menurut sebahagian peserta kursus yang ditemui setelah tamat ceramah, rata-rata berpendapat ceramah yang telah disampaikan telah meningkatkan tahap keyakinan untuk mereka berkomunikasi dengan masyarakat luar. Pada mereka, tahap keyakinan yang rendah dalam berkomunikasi telah sedikit-sebanyak menyebabkan mereka ketinggalan dalam kegiatan berpesatuan.

Ceramah yang telah disampaikan oleh En. Zuraimi meliputi Asas Komunikasi, Jenis Komunikasi, Teknik Pengucapan Awam, Teknik Juruacara, Tip-tip Menghadapi Gemuruh dan sesi soal jawab bersama peserta.
| edit post

Aktiviti @ majlis di sekitar Kuala Kangsar untuk bulan Jun

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 15:37 0 ulasan
1. 10 Jun - 13 Jun 2009, bertempat di Gelanggang Utama Petanque (bawah jambatan Sultan Abdul Jalil@Jambatan Sayong), berlangsung acara petanque Sukan Perak (SUPER V).
Upacara penyampaian hadiah akan dilakukan oleh Yang Berbahagia Tuan Pegawai Daerah.

2. 15 Jun 2009, satu program Maulidur Rasul akan diadakan di Dewan Orang Ramai Kg. Ulu Piol.

3. 27 Jun 2009, DYMM Paduka Seri Sultan Perak berkenan untuk hadir menyempurnakan Majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah. Majlis akan berlangsung di Dewan Hagreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar.

4. 27 Jun 2009, SMK Sayong akan mengadakan Hari Kokurikulum. Acara akan bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul 4.00
| edit post

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket