1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Dengan kerjasama daripada Kelab Setia SMK Sayong dan Komunti Bestari Kg. Bendang Kering, satu program Info Bestari telah diadakan pada 23 Julai 2009 bertempat di perkarangan sekolah SMK Sayong.

Program ini telah disertai oleh beberapa agensi/jabatan kerajaan dan swasta. Antara agensi/jabatan yang sudi menyertai program ini ialah PDRM, Bank Rakyat, Tabung Haji, Bank Pertanian, MARA dan banyak lagi.

Antara acara/aktiviti yang telah diadakan pada program tersebut ialah seperti pameran-pameran daripada agensi/jabatan kerajaan dan swasta,gerai-gerai jualan dan ceramah. Ceramah yang bertajuk "Etiket dan Protokol" telah disampaikan oleh En. Zuraimi B. Razali,salah seorang kakitangan Jabatan Penerangan Daerah Kuala Kangsar.

Majlis berakhir pada pukul 5.00 petang dan sepanjang program diadakan,sambutan yang diterima amat mengalakkan dan ramai berharap program ini diadakan secara tahunan.
| edit post

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket