1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Tarikh : 15 November 2009
Majlis : Lawatan Sambil Belajar Komuniti Bestari Lahar Tabot, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang Ke Kuala Kangsar.
Lokasi : Kraf Sazilah, Sayong





| edit post

Majlis Penutupan Program Mesra Rakyat & Komuniti Bestari

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 23:01 0 ulasan
Tarikh : 14 November 2009
Majlis : Majlis Penutupan Program Mesra Rakyat Dan Komuniti Bestari
Perasmi : YB. Dato' Seri Haji Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abd. Aziz, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Merangkap Ahli Parlimen Padang Rengas
Lokasi : Dewan Aktiviti Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kg Paya Lintah, Mukim Kg Buaia, Padang Rengas, Perak








| edit post

Selamat Datang Haji Zaharin Haji Zainudin

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 23:24 0 ulasan
Tarikh : 12 November 2009
Majlis : Lawatan Pengarah Penerangan Baru, Haji Zaharin Haji Zainudin Ke Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar
Lokasi : Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar, Perak



| edit post

1 Malaysia : Unit 289 Berwajah Baru.

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 18:16 0 ulasan

Unit 289 WJQ4472 Kuala Kangsar Telah Terpilih Di Antara 100 Unit Jabatan Di Seluruh Negara Untuk Mempamerkan Kempen 1 Malaysia Yang Diilhamkan Oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Sri Najib Tun Razak.
| edit post

Salam Aidilfitri

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 10:03 0 ulasan
Kami seluruh warga kerja Jabatan Penerangan Daerah Kuala Kangsar ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri,Maaf Zahir & Batin kepada semua yang mengenali...
| edit post

Y.A.B Menteri Besar datang ke Kuala...

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 12:15 1 ulasan

Ahad,16 Ogos 2009,bertempat di Dewan Komuniti Bestari RPA Dato' Haji Meor Aris,Lubok Merbau,satu lagi catatan sejarah tercipta apabila Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry B. Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Karnival Sepakat Bestari yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Kuala Kangsar.

Berkat kesepakatan dan kerjasama yang jitu antara Jabatan Penerangan Daerah Kuala Kangsar dan penduduk setempat,segala persiapan dan kelengkapan program dapat diatur dengan sempurna dan Alhamdulillah, program dapat berjalan dengan lancar.Karnival yang julung-julung kali diadakan itu telah mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada orang ramai terutamanya penduduk RPA Dato' Haji Meor Aris sendiri.

Karnival juga telah mendapat penyertaan yang mengalakkan daripada agensi/jabatan kerajaan dan swasta untuk mengadakan pameran dan perkhdimatan.Secara tidak langsung,keterlibatan pelbagai agensi/jabatan kerajaan dan swasta ini mendorong orang ramai untuk datang dan sama-sama memeriahkan karnival ini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung antaranya ialah sukaneka,pameran agensi/jabatan kerajaan dan swasta,gerai-gerai jualan daripada ahli-ahli Komuniti Bestari Daerah Kuala Kangsar,pertandingan aspek wanita dan penyampaian bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Secara keseluruhannya,Karnival Sepakat Bestari ini telah berjaya diadakan dan insyaAllah sekiranya panjang umur dan murah rezeki,kita berjumpa lagi di tahun hadapan...


| edit post

Karnival Info Bestari di Komunti Bestari Kg. Ulu Piol

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 11:48 0 ulasan
Pada hari Sabtu,1 Ogos 2009 yang lalu,satu pogram anjuran Jabatan Penerangan Kuala Kangsar yang dinamakan sebagai Program Info Bestari telah diadakan dengan kerjasama penduduk setempat. Tambah membanggakan,Program Info Bestari telah difilemkan sebagai dokumentari oleh sebuah produksi yang telah datang jauh dari Kuala Lumpur.




Program selama 1 hari ini mendapat penyertaan mengalakkan daripada pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta. Antara agensi/jabatan yang terlibat ialah Jabatan Kesihatan,RELA,SPR,KPDN,LPPKN, PDRM, Jabatan Pertanian,Perodua,Etiqa Takaful dan banyak lagi. Di samping pameran dan perkhidmatan yang disediakan, pihak penganjur tidak lupa untuk mengadakan sukaneka untuk penduduk setempat.Kemeriahan program amat dirasai dengan penglibatan orang ramai terhadap acara-acara yang telah diadakan.

Objektif Program Info Bestari ini ialah sebagai platform perkongsian maklumat di antara agensi-agensi kerajaan/swasta dengan masyarakat setempat.Melalui maklumbalas yang kami terima apabila tamat program,rata-rata berharap agar program ini diadakan pada tahun-tahun akan datang dan dianjurkan sebagai acara tahunan.










Pada Sebelah Malamnya Di Adakan Tayangan Wayang Pacak.
| edit post

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar