1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 12:28 0 ulasan
Peserta Pengisahan Kenegaraan dari Kuala Kangsar telah berjaya di peringkat negeri dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Pertandingan peringkat negeri diadakan di Pulau Pangkor dan peringkat kebangsaan diadakan di Negeri Johor Darul Ta'zim. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang dan membawa tajuk pengisahan "Suara Keramat ini". Kumpulan ini telah diiringi oleh En. Zuraimi Bin. Razali (PP Kuala Kangsar) ke Negeri Johor.
Namun rezeki tidak menyebelahi di peringkat kebangsaan untuk dinobatkan sebagai finalis. Cuma sekadar peserta peringkat saringan, yang penting bagi kami adalah pengalaman dan kenangan yang manis semasa pertandingan itu.
| edit post

Lawatan TKSU ke Daerah Kuala Kangsar

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 11:53 0 ulasan


Y. Bhg Dato' Azmi Ali TKSU Kementerian Penerangan Malaysia telah membuat kunjungan ke pejabat Jabatan Penerangan Kuala Kangsar pada awal tahun 2008 ini. Beliau telah bemesra dengan kakitangan jabatan serta diberikan taklimat mengenai aktiviti jabatan di peringkat daerah oleh PPD En. Noor Azmi Bin Bahari. Y. Bhg Dato' juga turut menyampaikan ucapan balas dan juga mngucapkan terima kasih atas sambutan yang diberikan.
Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar amat berbesar hati dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Y. Bhg dato' dan rombongan dari ibu pejabat Kuala Lumpur kerana sudi berkunjung ke daerah ini.
| edit post

Jamuan Hari Raya Kg. Guar Manong

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 11:42 1 ulasan

YBerusaha En. Noor Azmi Bin Bahari, Pegawai Penerangan Daerah Kuala Kangsar sedang menyampaikan ceramah di majlis jamuan dan mesra Hari Raya Aidilfitri di perkarangan bengkel kereta En. Mohd. Rom Bin Bahari Kg. Guar Manong pada hari raya yang lepas.
Turut hadir YB Dato' Hj. Ramly Bin Zahari ADUN kawasan Manong. Beliau turut menyampaikan ucapan dan berterima kasih kepada Jabtan Penerangan Daerah Kuala Kangsar yang melaksanakan program seperti ini. Secara tidak lansung dapat menerangkan dasar kerajaan dan isu-isu semasa kepada masyarakat.
| edit post

Malang tidak berbau

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 08:54 0 ulasan










Bagi tahun 2008 ini,Satu tragedi yang menyayat hati telah berlaku
yang membabitkan salah seorang kakitangan Jabatan Penerangan Kuala Kangsar iaitu saudara Ramli Bin Hassan(JAV). Syukur kehadrat Illahi, saudara Ramli selamat dan kini beliau kembali bertugas seperti sediakala. Kenderaan Jabatan yang dipandu beliau mengalami kerosakan dibahagian hadapan. Beliau mengalami luka-luka ringan dibahagian kepala dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
Yang mencuit hati, ialah semasa di hospital beliau sempat lagi bergurau dan ingin bekerja menyediakan P.a sistem pada malam nanti di satu majlis rasmi di Padang Rengas. Beliau memang seorang yang suka bekerja dan berkhidmat tanpa mengira waktu, letih dan penat. Menambahkan lagi kelucuan ialah bilamana isteri beliau berkata "malam nanti nak kunci pintu..agar abgRamli tak keluar rumah untuk bekerja ".


| edit post

Carta Organisasi Jabatan Penerangan Kuala Kangsar 2008

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 16:53 0 ulasan


Ini merupakan penggerak dan juga kekuatan bagi jabatan penerangan daerah Kuala Kangsar yang meliputi dua Parlimen dan empat DUN. Daerah ini juga mempunyai enam mukim yang menjadi sebahagian daripada kawalan tugasan.
| edit post

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket