


Bagi tahun 2008 ini,Satu tragedi yang menyayat hati telah berlaku
yang membabitkan salah seorang kakitangan Jabatan Penerangan Kuala Kangsar iaitu saudara Ramli Bin Hassan(JAV). Syukur kehadrat Illahi, saudara Ramli selamat dan kini beliau kembali bertugas seperti sediakala. Kenderaan Jabatan yang dipandu beliau mengalami kerosakan dibahagian hadapan. Beliau mengalami luka-luka ringan dibahagian kepala dan mendapat rawatan di Hospital Kuala Kangsar.
Yang mencuit hati, ialah semasa di hospital beliau sempat lagi bergurau dan ingin bekerja menyediakan P.a sistem pada malam nanti di satu majlis rasmi di Padang Rengas. Beliau memang seorang yang suka bekerja dan berkhidmat tanpa mengira waktu, letih dan penat. Menambahkan lagi kelucuan ialah bilamana isteri beliau berkata "malam nanti nak kunci pintu..agar abgRamli tak keluar rumah untuk bekerja ".


0 Response to "Malang tidak berbau"