1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Pertandingan Pengisahan Kenegaraan

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 12:28
Peserta Pengisahan Kenegaraan dari Kuala Kangsar telah berjaya di peringkat negeri dan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Pertandingan peringkat negeri diadakan di Pulau Pangkor dan peringkat kebangsaan diadakan di Negeri Johor Darul Ta'zim. Kumpulan ini terdiri daripada 3 orang dan membawa tajuk pengisahan "Suara Keramat ini". Kumpulan ini telah diiringi oleh En. Zuraimi Bin. Razali (PP Kuala Kangsar) ke Negeri Johor.
Namun rezeki tidak menyebelahi di peringkat kebangsaan untuk dinobatkan sebagai finalis. Cuma sekadar peserta peringkat saringan, yang penting bagi kami adalah pengalaman dan kenangan yang manis semasa pertandingan itu.

0 Response to "Pertandingan Pengisahan Kenegaraan"

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket