1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Welcome!!

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 15:13 1 ulasan
Awal tahun 2009 ini Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar ini menerima kehadiran dua orang warga baru. Kehadiran mereka dialu-alukan bagi meneruskan kecemerlangan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar. Di mana pejabat ini memang terkenal dan berpotensi terutama pada tahun-tahun sebelum ini semasa Tuan Saiful Bahari berkhidmat di Kuala Kangsar. Harapan semoga dgn kehadiran mereka dapat meneruskan tradisi kecemerlangan Pejabat Penerangan Daerah Kuala Kangsar. Mereka yang di alu-alukan ialah:

1) En Mohd Syamsul Azhar Bin Mohamed Yusop
Pembantu Penerangan S17



2) En Mohd Annasa'e Bin Mohd Shukor
Pembantu Penerangan S17


| edit post

Bil Elektrik Percuma

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 14:52 1 ulasan
| edit post

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket