
Ahad,16 Ogos 2009,bertempat di Dewan Komuniti Bestari RPA Dato' Haji Meor Aris,Lubok Merbau,satu lagi catatan sejarah tercipta apabila Y.A.B Dato' Seri Dr. Zambry B. Abd. Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Karnival Sepakat Bestari yang telah dianjurkan oleh Jabatan Penerangan Daerah Kuala Kangsar.
Karnival juga telah mendapat penyertaan yang mengalakkan daripada agensi/jabatan kerajaan dan swasta untuk mengadakan pameran dan perkhdimatan.Secara tidak langsung,keterlibatan pelbagai agensi/jabatan kerajaan dan swasta ini mendorong orang ramai untuk datang dan sama-sama memeriahkan karnival ini.
Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang karnival berlangsung antaranya ialah sukaneka,pameran agensi/jabatan kerajaan dan swasta,gerai-gerai jualan daripada ahli-ahli Komuniti Bestari Daerah Kuala Kangsar,pertandingan aspek wanita dan penyampaian bantuan kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Secara keseluruhannya,Karnival Sepakat Bestari ini telah berjaya diadakan dan insyaAllah sekiranya panjang umur dan murah rezeki,kita berjumpa lagi di tahun hadapan...