1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Kerajaan Perpaduan : Retorik atau Realiti

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 08:43
Sekarang, heboh orang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan antara UMNO dan PAS. Secara amnya, ramai yang menerima baik cadangan ini dan tidak kurang juga yang menentangnya. Di kem UMNO, cadangan ini disambut baik oleh semua pemimpin tertinggi sambil menyifatkan ini sesuatu perkembangan yang positif untuk menjamin perpaduan di antara kaum Melayu. Manakala di pihak PAS, berlaku pertikaian di antara Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Nik Aziz dengan Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Pertikaian timbul kerana Mursyidul Am PAS itu sama sekali tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan perpaduan ini tetapi lain pula halnya dengan Timbalan Presiden PAS. Beliau menyatakan untuk menunggu maklum balas yang akan diberikan oleh Presiden PAS sendiri iaitu Haji Hadi Awang. Ini bermakna, beliau tidak terus menutup pintu untuk mengadakan sebarang perbincangan dengan pimpinan tertinggi UMNO. PAS dilihat tidak bersatu di dalam hal ini dan memungkinkan wujud dua kem di pihak mereka.

Bagi UMNO khususnya Presidennya iaitu Dato' Seri Najib Razak, keikhlasan PAS dalam mewujudkan kerajaan perpaduan ini adalah sesuatu yang perlu diambil perhatian yang serius kerana beliau sedar, perpecahan di kalangan bangsa Melayu semakin melebar. Perpaduan antara PAS dan UMNO akan menjamin survivaliti kaum Melayu dan agama Islam itu sendiri.

Tertegaknya bangsa kerana perpaduan..Terbelanya agama juga kerana perpaduan...Fikir-fikirkanlah...

0 Response to "Kerajaan Perpaduan : Retorik atau Realiti"

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket