SUBANG 5 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir diumumkan Menteri Besar Perak yang baru dan akan mengangkat sumpah jawatan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, 3.30 petang esok.
Barisan Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pula akan mengangkat sumpah di istana yang sama pada 10 Februari ini.
Pengumuman mengenainya dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Pangkalan TUDM di sini malam ini sekembalinya dari menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh.
– Utusan.
TAHNIAH KERANA GUNA MEDIUM BLOG UNTUK NYAMPAI MAKLUMAT... TAK DER LER GUNA CARA LAMA LAGI....BAGUS... CHANGE!
betul tu BN kena menang kalau nak jadi kerajaan yang bermaruah. puak satu lagi tu mereka tak kisah asal menang saja... matlamat halalkan cara. pas haramkan islam umno tapi halalkan islam dap kerana lim guan eng suka khalifah umar abdul aziz. tak tau lah apa nak jadi dengan psikologi orang melayu ni.....dulu pun ramai melayu sokong komunis sebab dalam komunis ramai yang pro pas.....sekarang nama Allah pas setuju digunakan oleh org kristien dll..... itulah jatidiri pas tu.... jumpa di taiping yeeeeee....