1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Mesyuarat Komuniti Bestari Ulu Piul

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 08:40
















5 Mei 2009 - Satu mesyuarat telah diadakan di perkarangan rumah bendahari Komuniti Bestari Ulu Piul, En. Abdul Razak B. Hussin. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk memberi penerangan kepada ahli-ahli komuniti ini mengenai program jabatan yang bakal dilaksanakan iaitu Sepakat Bestari dan Info Bestari. Mesyuarat juga diadakan untuk melantik penama bagi pemegang akaun Komuniti Bestari Ulu Piul yang baru.

1 Response to "Mesyuarat Komuniti Bestari Ulu Piul"

  1. Tanpa Nama Said,

    Bakal PPD mempengerusikan mesyuarat....

     

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket