1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

  1. 11 & 12 Mei - Majlis penganugerahan pingat sempena Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak yang ke-81 ( Istana Iskandariah, Kuala Kangsar)
  2. 20 Mei - Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Kuala Kangsar (Lokasi masih dalam perbincangan)
  3. 23 Mei - Perasmian Wisma MPKK Sempena Perayaan Ulangtahun Hari Keputeraan DYMM Paduka Seri Sultan Perak ke-81 (Wisma Majlis Perbandaran Kuala Kangsar)
  4. 31 Mei - Kejohanan Tarik Tali Sempena Hari Polis Ke-202 Peringkat Daerah Kuala Kangsar (Padang SM Clifford)

0 Response to "Aktiviti-aktiviti dan majlis-majlis yang akan berlangsung di Daerah Kuala kangsar pada bulan Mei ini"

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket