1. Kepercayaan Kepada Tuhan

membawa maksud

- agama merupakan pegangan utama rakyat Malaysia.

- rakyat yang beragama mudah diurus.

- perlembagaan menetapkan Islam adalah agama rasmi tetapi agama lain bebas diamalkan.

2. Kesetiaan Kepada Raja Dan Negara

membawa maksud

- Semua rakyat dituntut setia kepada raja dan negara.

- Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara dan Raja Melayu merupakan ketua negeri.

- Raja adalah simbol penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi.

- Penderhakaan kepada raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara.

3. Keluhuran Perlembagaan

membawa maksud

- Perlembagaan merupakan undang-undang utama

- Perlembagaan dianggap luhur, suci dan unggul

- Rakyat dituntut supaya menerima, mematuhi, menyanjung dan mempertahankannya

4. Kedaulatan Undang - Undang

membawa maksud

- Rakyat dituntut menghormati undang-undang dengan tidak melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

- Rakyat akan hidup dalam keamanan apabila kedaulatan undang-undang terpelihara.

- Rakyat bertanggungjawab memastikan undang-undang negara sentiasa didaulatkan dan tidak dicabar oleh mana-mana pihak.

5. Kesopanan Dan Kesusilaan

membawa maksud

- Rakyat Malaysia dituntut bersopan dan bertatasusila.

- Ia merupakan nilai-nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu.

- Amalan ini akan menjamin kehidupan masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati.

Karnival Vespa Antarabangsa 2009

Dicatat oleh Blog Japen Kuala Kangsar On 10:11


Vespa kembali lagi!!!
Bertempat di Arena Square Kuala Kangsar, Karnival Vespa Antarabangsa 2009 kembali menemui peminat-peminatnya. Menurut penganjur karnival, penyertaan untuk tahun 2009 ini amat menggalakkan. Dan mengikut pengamatan kami, ada peserta dari luar yang lewat tiba mengeluh kerana tidak dapat masuk ke Arena Square kerana kapasiti peserta yang ramai. Bagaimanapun, diharapkan penganjuran karnival ini akan dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana karnival seperti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan kita.

0 Response to "Karnival Vespa Antarabangsa 2009"

    Ahmad Jais - Kuala Kangsar

    Mr Os Durian

    Kuala Kangsar

    Photobucket